Start Planning
Sarawak

Cuti Umum Sarawak

Ketahui tarikh cuti umum yang akan datang di Sarawak dan mula merancang untuk memanfaatkan masa anda sepenuhnya.

Sarawak mempunyai empat cuti umum yang tidak disambut di negeri-negeri lain – jumlah tertinggi cuti umum tidak standard berbanding negeri-negeri Malaysia lain:

Berdasarkan bancian 2010, lebih daripada 46 peratus populasi Sarawak adalah Kristian. Atas sebab ini, Good Friday adalah cuti umum yang disambut meluas di Sarawak dengan banyak pejabat, sekolah dan agensi-agensi kerajaan ditutup. Perniagaan masih dibuka kerana aktiviti pelancongan dan membeli-belah yang pesat di Sarawak.

Hari Gawai adalah perayaan keagamaan dan sosial yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun menandakan pengakhiran musim menuai. Terdapat banyak nyanyian dan tarian sementara petani memulakan musim bercucuk-tanam baru pada masa yang sama dan mereka yang tinggal di bandar-banda pulang ke kampung untuk menyambutnya. Sebulan sebelum perayaan, tuak, atau arak beras, disediakan dan dihidangkan sepanjang perayaan. Langkau, sama seperti vodka, juga dihidangkan. Ia dibuat melalui pemanasan dan pemeluwapan tuak.

Sabtu kedua dalam bulan September disambut sebagai hari lahir Gabenor Sarawa, walaupun gelaran rasmi untuk ketua negeri adalah Yang Di-Pertua Negeri. Sarawak adalah satu daripada empat negeri yang tidak diperintah oleh raja. Gabenor dipilih oleh Raja Malaysia. Yang Di-Pertua Negeri kini ialah Abdul Taib Mahmud.

Pada Mei 2016, Pejabat Ketua Negeri mengumumkan yang cuti umum baru telah dibuat untuk 22 Julai dan akan dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak. Sarawak menerima status pemerintahan-sendiri pada 22 Julai 1963 dengan syarat ia akan menyertai Malaya, Borneo Utara dan Singapura untuk menjadi Malaysia.

Tahun-tahun sebelumnya