Start Planning
Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina 2025 dan 2026

Satu perempat dari penduduk di Malaysia berketurunan Cina, maka Tahun Baru Cina memberi makna yang besar dan merupakan cuti umum.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202529 JanRabuTahun Baru Cina Semua Negeri
30 JanKhamisTahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
202617 FebSelasaTahun Baru Cina Semua Negeri
18 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Tahun Baru Cina turut dikenali sebagai “Spring Festival” kerana hadir dalam musim bunga dan di tetapkan berdasarkan kalendar lunar Cina. Tarikhnya berubah turun naik, mengikut perspektif Barat tetapi tetap di raikan dalam bulan Januari atau Februari.

Setiap Tahun Baru Cina dinamakan sempena “tahun” salah satu daripada 12 haiwan dari zodiak Cina, dengan haiwan itu sepatutnya mewakili karekter pada tahun itu dan mereka yang lahir di dalamnya.

Tahun Baru Cina adalah perayaan ulangan setiap tahun yang amat penting bagi masyarakat berketurunan Cina di seluruh dunia.  Ia telah disambut selama lebih 1,000 tahun –   mungkin lebih lama, dan tradisi yang terlibat telah sebati dengan budaya Cina. Bagi kebanyakan orang, ia turut merupakan hari cuti keagamaan, penuh dengan doa, persembahan, dan lain-lain perbuatan ketaatan.

Di Malaysia, seperti juga di tempat tempat lain, persediaan untuk Tahun Baru Cina di jalankan jauh lebih awal. Rumah dibersihkan dengan sempurna sebelum ketibaannya untuk “menyapu keluar apa-apa nasib malang,” tetapi penyapu akan disembunyikan pada Hari Tahun Baru untuk mengelakkan “tersapu nasib baik” yang di bawa bersama kedatangan tahun baru.

Pakaian baru, akan di sediakan untuk dipakai pada Hari Tahun Baru, dan hidangan besar makanan untuk makan malam Malam Tahun Baru, juga dibeli lebih awal, menjadikan pusat-pusat membeli-belah amat sibuk pada masa tersebut setiap tahun. Kad ucapan turut bertukar tangan dengan kerap.

Pada malam sebelum hari pertama tahun baru, makan malam khas untuk keluarga dan pertemuan semula akan diadakan. Pada hari-hari berikutnya, bagaimanapun, kebanyakan orang akan menjemput rakan-rakan dan orang yang tidak berapa dikenali untuk turut serta makan dengan mereka. Dasar “rumah terbuka” ini juga diamalkan semasa cuti awam Malaysia yang lain dan perhimpunan awam Tahun Baru Cina yang besar kebiasaanya di anjurkan di dewan masyarakat Malaysia. Tidak terlalu sukar untuk mendapat jemputan ke parti.

Antara Tradisi Tahun Baru Cina yang lain termasuk: “Yee Sang,” hidangan kombinasi sayur-sayuran yang dimakan dengan cara melambung cebisannya dengan tinggi di udara menggunakan penyepit bagi membawa tuah; mengantung “duilian,” skrol yang mengandungi baris baris terkenal puisi Cina; menghadiri tarian singa dan naga; pertaruhan permainan kad, selagi pertaruhan adalah sederhana; memberikan hadiah wang dalam pakej ang-pau merah kecil; dan menghadiri pertunjukan bunga api, yang terbesar dalam daerah Cina Kuala Lumpur dan di bandar-bandar berpenduduk Cina yang besar.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
202410 FebSabtuTahun Baru Cina Semua Negeri
11 FebAhadTahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
12 FebIsninCuti Tahun Baru Cina Semua Negeri kecuali Johor
& Kedah
202322 JanAhadTahun Baru Cina Semua Negeri
23 JanIsninTahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
24 JanSelasaCuti Tahun Baru Cina Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan &
Terengganu