Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong 2025, 2026 dan 2027
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah hari cuti yang berorientasikan sekitar sambutan Hari Keputeraan Raja Malaysia.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2025 | 2 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
3 Jun | Selasa | Cuti Hari Keputeraan YDP Agong | Sarawak | |
2026 | 1 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
2027 | 7 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong disambut dengan pelbagai acara di seluruh Malaysia. Sambutan terbesar dan paling meriah berlansung di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Di tempat yang mengagumkan ini, satu majlis diadakan untuk menghormati Agong dan ramai dif dif terhormat. Acara ini dianggap sebagai acara Malaysia yang paling gemilang sepanjang tahun. Majlis ini adalah sangat formal, oleh yang demikian semua orang yang hadir memakai pakaian yang terbaik.
Di majlis tersebut, pelbagai pingat dan reben diberikan kepada mereka yang meraih pencapaian cemerlang sepanjang tahun. Warganegara Malaysia kebiasaannya diiktiraf berdasarkan kepahlawanan dan kebaikan yang di lakukan. Upacara ini turut dihadiri oleh ahli-ahli keluarga diraja, kerajaan, dan kor diplomatik.
Pada pagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Baginda akan memberi ucapan kepada rakyat Malaysia dari bilik takhta istananya. Semasa berucap, Agong pada kebiasaannya akan menyentuh pelbagai isu, termasuk politik, krisis global, dan cabaran yang dihadapi Malaysia. Walaupun topik yang di utarakan agak serius, Agong biasanya melakukan pembentangan dengan penuh harapan dan keyakinan.
Amanat Agong di pancarkan ke televisyen di setiap bandar utama dan bandar di seluruh Malaysia. Ia juga disiarkan di stesen radio ke seluruh negara. Kebanyakan rakyat Malaysia akan memastikan mereka berada berdekatan dengan televisyen atau radio semasa Agong memberi ucapannya.
Salah satu acara yang paling penting yang berlaku semasa Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah Perarakan Panji berwarna di Kuala Lumpur. Perarakan Panji Warna adalah perarakan tentera secara besar-besaran yang diadakan di Dataran Merdeka. Acara ini terbuka kepada orang ramai, tetapi hanya rakyat dan anggota tentera yang diberi penghormatan di benarkan masuk berhampiran padang perarakan.
Semasa acara ini, setiap peringkat anggota tentera Malaysia melakukan tabik hormat kepada Agong. Band tentera, kenderaan, pesawat udara, infantri, dan semua pegawai mengambil bahagian dalam perayaan yang gah ini. Semasa perarakan itu, Agong akan diiringi oleh para panglima yang mempunyai kedudukan tertinggi didalam angkatan tentera Malaysia. Selepas Perarakan Panji Warna berakhir, Agong mengepalai seluruh negara membacakan doa.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2024 | 3 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
2023 | 5 Jun | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |