Malaysia

Hari Raya Haji 2027 dan 2028

Hari Raya Haji adalah nama tempatan rakyat Malaysia semasa cuti Islam Eid al Adha. Ia turut dikenali sebagai “Hari Raya Korban”.

Pada tahun 2027, Hari Raya Haji akan disambut pada hari Isnin, 17 Mei. Bagi tahun 2028, cuti tersebut akan disambut pada hari Jumaat, 5 Mei.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202717 MeiIsninHari Raya Haji Semua Negeri
18 MeiSelasaHari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
20285 MeiJumaatHari Raya Haji Semua Negeri
6 MeiSabtuHari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
7 MeiAhadHari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan &
Terengganu
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Ini adalah hari bagi umat Islam mengingati peristiwa “nyaris terkorban,” menurut Kitab Suci Islam, Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim di Gunung Marwah di sekitar Mekah. Allah Taala telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan Ismail bagi menguji keimanan beliau, dan beliau lulus ujian dengan mentaati walau apa pun arahan yang melampaui batas. Tetapi kemudiannya, menurut dua versi cerita yang dipercayai oleh umat Islam, Allah Taala sama ada telah menukarkan Ismail dengan seekor kambing atau memerintahkan Nabi Ibrahim untuk berhenti dan menggantikan Ismail dengan seekor kambing yang sihat.

Selama empat hari, bermula dari hari ke-10 bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Islam, umat Islam di seluruh dunia meraikan “pengorbanan” Ismail. Di Malaysia, seperti juga dikebanyakan negara-negara Islam yang lain, ia ditetapkan sebagai hari cuti kebangsaan.

Secara rasmi, tarikh itu diisytiharkan di Malaysia oleh jawatankuasa melihat anak bulan pada hari pertama Zulhijjah kerana hanya dengan kaedah itu tarikh sebenar cuti boleh ditentukan, berasaskan kalendar lunar. Pengumuman itu boleh didengari melalui kedua-dua TV dan radio di seluruh negara.

Secara umumnya, orang Islam menyambutnya dengan bangun awal untuk berdoa, pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, memakai pakaian baru, melawat keluarga dan rakan-rakan, di ikuti juadah perayaan besar, biasanya berasaskan daging. Kambing atau biri-biri juga boleh dikorbankan, sebahagian dari daging atau nilai yang berpadanan dengan wang diberikan kepada orang miskin supaya mereka juga dapat menyambut Hari Raya Haji. Masjid juga akan dihiasi dengan cahaya, hadiah bertukar tangan, dan mercun kadang-kadang menghidupkan suasana malam. Sebagai memenuhi salah satu dari Rukun Islam, mereka yang berkemampuan akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji, tetapi hanya mereka yang berkemampuan diwajibkan pergi.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
202627 MeiRabuHari Raya Haji Semua Negeri
28 MeiKhamisHari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
20257 JunSabtuHari Raya Haji Semua Negeri
8 JunAhadHari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
9 JunIsninCuti Hari Raya Haji Kelantan, Perlis &
Terengganu