Hari Gawai 2025, 2026 dan 2027
Dayak Gawai merupakan salah satu daripada perayaan utama yang disambut di Sarawak. Istilah ‘Dayak’ adalah istilah bersama merujuk kepada beberapa ratus kumpulan etnik sub pribumi Borneo.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2025 | 1 Jun | Ahad | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun | Isnin | Hari Gawai Hari Kedua | Sarawak | |
2026 | 1 Jun | Isnin | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun | Selasa | Hari Gawai Hari Kedua | Sarawak | |
2027 | 1 Jun | Selasa | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun | Rabu | Hari Gawai Hari Kedua | Sarawak | |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Hari Gawai yang jatuh pada 1 dan 2 Jun setiap tahun disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia merupakan majlis keagamaan dan sosial memandangkan perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai, dan ia merupakan perayaan yang di penuhi nyanyian serta tarian menandakan mereka akan memulakan musim pertanian baru.
Ia adalah salah satu dari perayaan utama yang di sambut kaum Dayak ; oleh itu, sebahagian besar daripada mereka yang bekerja di bandar akan kembali ke kampung mereka untuk merayakannya.
Sebulan sebelum Hari Gawai, kebanyakan penduduk tempatan akan menyediakan tuak atau wain beras. Ramuan terkenal ini diperbuat daripada beras pulut yang dikumpul daripada tuaian terbaru dan dicampurkan dengan yis buatan sendiri serta dibiarkan untuk penapaian.
Satu lagi alkohol yang hampir sama tetapi agak kuat yang dibuat oleh penduduk tempatan dipanggil langkau. Ianya menyamai Vodka moden di mana tapai tuak akan melalui proses pemanasan dan pemeluwapan sebelum ia dikumpulkan di dalam bekas.
Sambutan Gawai merupakan sambutan yang amat meriah. Ianya tidak lengkap jika tidak diiringi dengan nyanyian, tarian dan minuman. Kadangkala, orang Dayak Kristian akan pergi ke gereja untuk bergaul dan selepas itu akan berkumpul untuk sambutan makan malam.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2024 | 1 Jun | Sabtu | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun | Ahad | Hari Gawai Hari Kedua | Sarawak | |
4 Jun | Selasa | Hari Gawai Hari Kedua | Sarawak | |
2023 | 1 Jun | Khamis | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun | Jumaat | Hari Gawai Hari Kedua | Sarawak |