Hari Kebangsaan 2025, 2026 dan 2027
31 Ogos 1957 menandakan hari Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, membentuk apa yang kita kenali hari ini sebagai Malaysia. Sempena itu, 31 Ogos di iktiraf sebagai hari cuti umum kebangsaan untuk memperingati dan meraikan kebebasan dan kemerdekaan.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2025 | 31 Ogos | Ahad | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
1 Sep | Isnin | Cuti Hari Kebangsaan | Semua Negeri kecuali Kedah, Kelantan & Terengganu | |
2026 | 31 Ogos | Isnin | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
2027 | 31 Ogos | Selasa | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Hari Merdeka tidak lengkap tanpa tujuh laungan “Merdeka!”. Tradidi ini telah dimulakan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 1957 di Stadium Merdeka.
Walaupun ia hanya merupakan satu hari cuti umum, ia di sambut selama sebulan menjelang ketibaan Hari Malaysia pada 16 September.
Acara kemuncak Hari Kemerdekaan Malaysia disambut dengan penuh kebanggaan dan kegembiraan di mana pertandingan dan perarakan akan diadakan; Kadangkala kanak-kanak sekolah membuat latihan persembahan yang akan dibentangkan semasa Hari Kemerdekaan nanti.
Setiap tahun terdapat tema tertentu di tetapkan untuk Hari Merdeka. Pada tahun-tahun sebelumnya, tema ditetapkan ialah “Malaysiaku Gemilang”, “1Malaysia: Menjana Transformasi”, “55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati” dan lain-lain. Tema ini dapat dilihat pada hiasan dan di jadikan tumpuan Hari Kemerdekaan pada tahun itu.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2024 | 31 Ogos | Sabtu | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
1 Sep | Ahad | Cuti Hari Kebangsaan | Kelantan & Terengganu | |
2023 | 31 Ogos | Khamis | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |