Start Planning
Tahun Baru

Tahun Baru 2019 dan 2020

Perayaan Tahun Baru merupakan cuti umum buat semua negeri di Malaysia kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

TahunTarikhHariCutiNegeri
20191 JanSelasaTahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
20201 JanRabuTahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu

Terdapat pelbagai jenis sambutan Tahun Baru yang dijalakan oleh pelbagai kaum di seluruh Malaysia samada pada malam sebelum perayaan atau pada hari Perayaan Tahun Baru tersebut. Kebiasaaanya, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti dijalankan seperti persembahan nyayian, jualan makanan dan berbagai-bagai jenis aktiviti kebudayaan atau sambutan perayaan lain. Lazimnya, Kuala Lumpur akan mengadakan persembahan bunga api dan begitu juga dengan negeri-negeri yang lain.

Malam Tahun Baru juga merupakan waktu di mana kebanyakan orang akan mencipta azam untuk tahun seterusnya serta untuk mengimbas kembali kenangan yang ada pada tahun sebelum. Kebanyakan orang akan berkumpul bersama-sama keluarga atau rakan-rakan.

Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang majoritinya adalah orang Islam, dan mereka juga mempunyai kalendar tradisional yang tersendiri,namun , sambutan Malam Tahun Baru dan Perayaan Tahun Baru yang berdasarkan kepada Kalendar Gregorian telah turut menjadi tradisi.