Start Planning
Awal Muharram

Awal Muharram 2024, 2025 dan 2026

Awal Muharram (juga dikenali sebagai Maal Hijrah) di sambut meraikan permulaan Tahun Baru Islam. Muharram, berasal dari perkataan haram, bermaksud ditegah, merupakan bulan yang dianggap paling suci selain bulan Ramadan. Pada masa ini, umat Islam dilarang untuk berlawan; oleh itu, kebiasaannya bulan ini di khaskan untuk berkabung dan keamanan.

TahunTarikhHariCutiNegeri
20247 JulAhadAwal Muharram Semua Negeri
8 JulIsninCuti Awal Muharram Semua Negeri kecuali Johor, Kedah,
Kelantan & Terengganu
202527 JunJumaatAwal Muharram Semua Negeri
29 JunAhadCuti Awal Muharram Johor & Kedah
202616 JunSelasaAwal Muharram Semua Negeri
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Di raikan sebagai bulan pertama dalam tahun Islam, ianya bersamaan dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, dan dianggap sebagai masa untuk menilai diri serta titik perubahan.

Orang Islam meraikan acara ini di seluruh dunia. Orang Islam bermazhab Sunni berpuasa dan meraikan hari ini mengikut sunnah nabi Muhammad, juga menghormati nabi Musa yang menyelamatkan rakyat Israel dari Firaun, kebiasaannya pada hari ke-10.

Pada hari ke 10 Muharram, kebanyakan umat Islam mula berpuasa sedari matahari terbit dan tidak makan sehinggalah lewat petang. Orang Islam akan memasak nasi manis, juga dikenali sebagai Bubur Asyura dan berkongsi sesama ahli keluarga dan rakan-rakan semasa berbuka puasa. Pada waktu ni juga, kebanyakan umat Islam berkumpul di masjid untuk menyambut tahun baru Hijrah.

Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti keagamaan akan dijalankan seperti nasyid, ceramah keagamaan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Memandangkan solat hajat dan khutbah dijalankan di dewan orang ramai dan masjid, kawasan sekitar masjid berkemungkinan sesak mulai waktu petang membawa ke malam.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
202319 JulRabuAwal Muharram Semua Negeri
202230 JulSabtuAwal Muharram Semua Negeri
31 JulAhadCuti Awal Muharram Kelantan & Terengganu