Start Planning
Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri 2025, 2026 dan 2027

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari cuti keagamaan yang disambut oleh orang Islam.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202531 MacIsninHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
1 AprSelasaHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
2 AprRabuCuti Hari Raya Aidilfitri Melaka
202620 MacJumaatHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
21 MacSabtuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
22 MacAhadCuti Hari Raya Aidilfitri Johor, Kedah,
Kelantan &
Terengganu
202710 MacRabuHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
11 MacKhamisHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Hari Raya secara umumnya bermaksud ‘hari perayaan’, dan Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang menandakan berakhirnya Ramadan, bulan suci dimana umat Islam berpuasa dari waktu subuh sehinggalah terbenam matahari. Ia dianggap sebagai salah satu dari dua perayaan yang paling penting bagi umat Islam, selain Hari Raya Haji – sempena peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim.

Hari Raya merupakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia, dan ramai orang Islam (dan juga bukan Islam) memandu pulang atau terbang ke pangkuan keluarga mereka untuk beberapa ketika bagi bersama dengan keluarga dan orang tersayang. Kebiasaanya sering berlaku kesesakan semasa perjalanan pulang tetapi ianya akan reda sebaik sahaja kesemua mereka sampai ke destinasi masing masing.

Hari Raya Aidil Firi menyaksikan kaum keluarga dan rakan-taulan saling memohon kemaafan sesama mereka, beribadat di masjid dan mengunjungi saudara-mara serta  rakan-rakan sambil menikmati juadah Melayu tradisional seperti ketupat, rendang, sate, lemang dan juga kari. Di Malaysia, kanak-kanak di berikan sedikit duit saguhati oleh ibu bapa mereka atau mereka yang lebih berusia.

Keseluruhan Ramadan di perkayakan dengan aspek kemasyarakatan membabitkan nilai-nilai asas masyarakat Islam, seperti mengambil berat perihal  golongan miskin, memperbanyakkan amal ibadah, serta pemupukan sifat tabah dan sabar sepanjang tempoh tersebut.

Di sepanjang bulan Ramadan, hiasan berupa rumah-rumah kampung, ketupat, lampu minyak dan lampu berwarna-warni meriah menghiasi pusat membeli-besar seperti Mid Valley, 1 Utama, Pavilion, Sunway Pyramid dan The Curve di Kuala Lumpur. Kedai-kedai kecil turut tidak mahu ketinggalan untuk turut serta.

Di seluruh negara, bulan Ramadan menjanjikan pelbagai pilihan makanan yang sedap untuk mereka yang ingin merasai masakan Melayu asli. Bazar Ramadan memenuhi setiap kawasan perumahan, dengan pelbagai pilihan gerai makanan disepanjang jalan.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
202410 AprRabuHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
11 AprKhamisHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
202321 AprJumaatCuti Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
22 AprSabtuHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
23 AprAhadCuti Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
24 AprIsninCuti Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri