Hari Krismas 2024, 2025 dan 2026
Krismas adalah perayaan Kristian bagi meraikan kelahiran Jesus. Jesus dilahirkan lebih dua ribu tahun yang lalu dan penganut Kristian meraikan kelahiran Jesus sempena mengutamakan keimanan Kristian dan sejarahnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2024 | 24 Dis | Selasa | Cuti Hari Natal | Sabah |
25 Dis | Rabu | Hari Krismas | Semua Negeri | |
2025 | 24 Dis | Rabu | Cuti Hari Natal | Sabah |
25 Dis | Khamis | Hari Krismas | Semua Negeri | |
2026 | 24 Dis | Khamis | Cuti Hari Natal | Sabah |
25 Dis | Jumaat | Hari Krismas | Semua Negeri | |
27 Dis | Ahad | Cuti Hari Krismas | Kedah | |
2027 | 24 Dis | Jumaat | Cuti Hari Natal | Sabah |
25 Dis | Sabtu | Hari Krismas | Semua Negeri | |
26 Dis | Ahad | Cuti Hari Krismas | Kelantan & Terengganu | |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Krismas merupakan satu satunya hari cuti penganut Kristian bagi meraikan kelahiran seseorang. Penganut Kristian di Malaysia meraikan Krismas dengan cara makan bersama keluarga dan rakan-rakan pada malam Krismas atau semasa Hari Krismas, diikuti dengan dengan pemberian hadiah, muzik, nyanyian, acara gereja serta doa.
Secara amnya, masyarakat Malaysia meraikan Krismas dengan penuh warna-warni di setiap pusat membeli-belah, kebiasaanya satu atau dua bulan menjelang Hari Krismas, diikuti dengan cuti umum pada 25 Disember.
Warna yang paling biasa di kaitkan dengan perayaan Krismas ialah hijau, merah, emas, perak dan putih, manakala imej yang paling biasa dikaitkan dengan Krismas ialah pokok Krismas, kotak hadiah dan Santa Claus. Masyarakat secara amnya, hanya sedikit yang mementingkan unsur-unsur ini dan ia biasa digunakan hanya di pusat membeli-belah untuk memasarkan produk semasa musim Krismas.
Makanan memainkan peranan penting sempena sambutan Krismas dan biasanya Krismas disambut dirumah dengan limpahan makanan yang dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Makanan tersebut sempena menghargai rahmat Tuhan, dan melambangkan kemurahan hati dan persahabatan.
Pemberian hadiah dilakukan melalui pelbagai cara tetapi kebiasaannya setiap ahli keluarga menyediakan hadiah kejutan satu sama lain dan ia diberikan didalam kertas pembalut. Tiada peraturan ditetapkan berkenaan jenis hadiah yang perlu diberikan.
Lagu-lagu Krismas dinyanyikan digereja pada minggu-minggu menjelang Krismas. Pada Hari Krismas, gereja-gereja diseluruh Malaysia menyanyikan lagu pilihan carols, puji-pujian dan lagu-lagu yang berkaitan dengan Krismas. Di sesetengah tempat, acara Krismas Carol berlansung untuk masyarakat setempat pada bulan Disember dengan lagu-lagu yang dinyanyikan secara koir di pusat membeli-belah dan kawasan awam.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2023 | 24 Dis | Ahad | Cuti Hari Natal | Sabah |
25 Dis | Isnin | Hari Krismas | Semua Negeri | |
26 Dis | Selasa | Cuti Hari Krismas | Sabah | |
2022 | 24 Dis | Sabtu | Cuti Hari Natal | Sabah |
25 Dis | Ahad | Hari Krismas | Semua Negeri | |
26 Dis | Isnin | Cuti Hari Krismas | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu |