Malaysia

Hari Keputeraan Sultan Perak 2026, 2027 dan 2028

Di negeri Perak, hari Jumaat pertama di dalam bulan November merupakan Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Sultan Perak dan telah diumumkan sebagai hari kelepasan am di peringkat negeri.

Pada tahun 2026, Hari Keputeraan Sultan Perak akan disambut pada hari Jumaat, 6 November. Bagi tahun 2027, cuti tersebut akan disambut pada hari Jumaat, 5 November.

TahunTarikhHariCutiNegeri
20266 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak Perak
20275 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak Perak
20283 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak Perak
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Sultan Perak yang terkini adalah Sultan Nazrin Muizzudin Shah, dimana baginda telah mula memerintah selepas ditabalkan pada 2014. Kediaman diraja Sultan Perak terletak di Kuala Kangsar manakala pusat pentadiran Negeri Perak terletak di Ipoh.

Sultan Nazrin Shah merupakan anak lelaki tertua Sultan Perak terdahulu, Azlan Shah. Baginda adalah seorang yang terpelajar dan telah mendapat pendidikan di Kuala Lumpur, London dan Harvard di Amerika Syarikat. Baginda memegang pelbagai ijazah dan juga merupakan penulis dan pengucap yang berjaya, serta dianggap sebagai salah seorang pemimpin Islam utama di dalam negeri Perak.

Sultan Nazrin Shah telah ditabalkan sebagai putera mahkota pada 1984 dan menaiki takhta sebagai sultan pada 29 May 2014, menjadikan baginda sultan yang ke-35 memerintah negeri ini. Baginda diraikan dengan penuh penghormatan di setiap majlis dan acara khas yang berlangsung semasa perayaan ulang tahun rasminya yang jatuh pada setiap hari Jumaat pertama di dalam bulan November.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
20257 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak Perak
20241 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak Perak