Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah 2023, 2024 dan 2025
Pada tahun 2008, bandar bersejarah Melaka telah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Perisytiharan itu mengiktiraf 500 tahun perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat di Selat Melaka.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2023 | 15 Apr | Sabtu | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2024 | 15 Apr | Isnin | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2025 | 15 Apr | Selasa | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2026 | 15 Apr | Rabu | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Pada satu masa, Melaka merupakan salah satu destinasi perdagangan yang paling popular di dunia dan merupakan antara pelabuhan terpenting di Asia Tenggara. Lama kelamaan, ia berubah dari sebuah pelabuhan yang berkembang maju ke sebuah kota mati yang sepi. Walau bagaimanapun, tarikan bersejarah Melaka terus menarik pengunjung ke bandar pelabuhan ini.
Bandar ini menyajikan pemandangan menarik sebagai tambahan warisan Malaysia yang unik. Pada tahun 2008, UNESCO mengisytiharkan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia berdasarkan contoh luarbiasa kepelbagaian budaya di bandar ini dan hakikat ia merupakan testimoni sebenar kepelbagaian warisan budaya.
Melaka mencerminkan campuran seni bina, budaya dan seni bandar dan memaparkan kepelbagaian bangunan yang mewakili pelbagai jenis dan peringkat pembangunan.
Pelbagai bangunan bersejarah yang membawa kepada pengistiharan itu dibuka untuk lawatan pelancong dan kebanyakan acara di rancang untuk meraikan sejarah bandar. Sambutan itu biasanya berlansung selama seminggu dan banyak persembahan kebudayaan dijalankan di seluruh bandar.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2022 | 15 Apr | Jumaat | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2021 | 15 Apr | Khamis | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2020 | 15 Apr | Rabu | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2019 | 15 Apr | Isnin | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2018 | 15 Apr | Ahad | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
2017 | 15 Apr | Sabtu | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |