Make the most of your public holidays with us!
Start Planning
Johor
Cuti Umum

Cuti Umum Johor 2017

Berikut adalah kalendar cuti umum untuk tahun 2017.

Johor adalah negeri paling selatan di Malaysia dan negeri kelima terbesar dari segi saiznya. Johor dihubungkan dengan Singapura melalui dua jambatan dan lebih 300,000 penduduk Johor bekerja di Singapura. Walaupun begitu, banyak penduduk Singapura melawat Malaysia untuk membeli-belah di pusat membeli-belah dengan harga berpatutan. Ibu negeri Johor, iaitu Johor Bahru, adalah pusat perindustrian dan komersial penting dengan perdagangan pelancongan yang kukuh.

Cuti umum Johor kebanyakannya sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Walaupun begitu, negeri itu menyambut cuti istimewa setiap tahun bagi Hari Keputeraan Sultan Johor. Pada 2015, kerajaan negeri mengumumkan 23 Mac sebagai cuti umum, menggantikan 22 November yang sebelum ini disambut sebagai Hari Keputeraan Sultan Johor. Perubahan ini dibuat atas pemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang merupakan sultan kelima dalam sejarah Johor moden. Pada asalnya, kerajaan merancang untuk menambah cuti bagi pemahkotaan, tetapi memilih untuk menggantikan sambutan keputeraan Sultan kepada sambutan pemahkotaan baginda.

Taman Negara Endau Rompin popular di kalangan pengembara pejalan kaki dan peminat alam semula jadi di Johor. Bangunan Sultan Ibrahim merupakan simbol rancangan-rancangan Raja untuk Johor. Ia adalah salah satu bangunan pencakar langit di Malaysia, dibuat khas pada tahun 1942. Ia adalah simbol peradaban tradisional dan moden. Zoo Johor yang dibina pada 1928 adalah satu lagi tarikan dan dianggap satu daripada zoo tertua di Malaysia. Terdapat lebih daripada 100 spesis di zoo ini, sesetengahnya adalah haiwan terancam. Pertunjukan haiwan juga dipersembahkan di zoo ini dan ianya adalah tarikan kegemaran kanak-kanak.

Cuti Umum 2017

TarikhHariCuti
28 JanSabtuTahun Baru Cina
29 JanAhadTahun Baru Cina
Hari Kedua
9 FebKhamisHari Thaipusam
23 MacKhamisHari Keputeraan Sultan Johor
1 MeiIsninHari Pekerja
10 MeiRabuHari Wesak
27 MeiSabtuAwal Ramadan *
3 JunSabtuHari Keputeraan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
25 JunAhadHari Raya Puasa *
26 JunIsninHari Raya Puasa
Hari Kedua *
31 OgosKhamisHari Kebangsaan
1 SepJumaatHari Raya Qurban *
16 SepSabtuHari Malaysia
21 SepKhamisAwal Muharram
18 OktRabuHari Deepavali *
26 OktKhamisHari Hol Almarhum Sultan Iskandar
1 DisJumaatMaulidur Rasul
25 DisIsninHari Krismas