Start Planning
Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka

Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka 2024, 2025 dan 2026

Negeri Melaka mempunyai sejarah yang panjang dan terkenal sebagai sebuah kesultanan Melayu yang berkuasa. Walaupun sultan yang terakhir memerintah telah digulingkan oleh penjajah Portugis yang tiba di Melaka pada 1511, kedudukan Gabenor Melaka, atau “Yang Dipertua Negeri Melaka” dalam era pemerintahan moden tetap memiliki auranya yang tersendiri. Hari ulang tahun kelahiran gabenor terkini, Mohd Ali Rustam merupakan hari kelepasan umum bagi seluruh negeri Melaka.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202424 OgosSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
202524 OgosAhadHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
25 OgosIsninCuti Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
202624 OgosIsninHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Tidak banyak aktiviti yang diadakan sempena ulang tahun gabenor Melaka, namun begitu ia adalah waktu terbaik untuk keluar dan menyusuri sejarahnya dengan lebih mendalam. Antara tempat menarik yang anda boleh dilawati adalah bekas rumah agam gabenor Melaka yang terletak di Bukit Saint Paul, yang kini telah dijadikan muzium.

Selain daripada itu anda juga boleh melawat Muzium Istana Kesultanan Melaka, Muzium Sejarah dan Etnografi, Muzium Penjara, galeri-galeri seni yang mempamerkan hasil kesenian Melayu, tempat-tempat bersejarah seperti Kubu A Famosa, taman tema seperti Taman Burung Melaka, Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN, dan beberapa keajaiban alam semulajadi seperti Kolam Air Panas Gadek atau Jasin.

Pastikan juga anda meneroka berpuluh-puluh pasar malam di seluruh Melaka, khususnya “Jonker Walk” yang terkenal di Chinatown Melaka.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
202324 OgosKhamisHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
202224 OgosRabuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka