Pesta Ka’amatan 2025, 2026 dan 2027
Pesta Menuai disambut secara meluas di Sabah dan Labuan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun dan turut dikenali sebagai Pesta Ka’amatan.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2025 | 30 Mei | Jumaat | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
31 Mei | Sabtu | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah | |
2026 | 30 Mei | Sabtu | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
31 Mei | Ahad | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah | |
2027 | 30 Mei | Ahad | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
31 Mei | Isnin | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah | |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Perayaan ini berkait rapat dengan penanaman padi beras yang merupakan tanaman utama di Sabah. Pesta Ka’amatan menandakan kitaran akhir penanaman; dengan kata lain masa untuk penuaian.
Para Petani sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada roh dan tuhan kerana memberkati mereka dengan hasil lumayan dan berdoa agar tuhan akan memberkati mereka dengan hasil yang lumayan pada tahun berikutnya.
Selain menjadi sumber utama makanan, beras dianggap suci kerana dipercayai tersemat semangat Huminodun. Huminodun merupakan satu-satunya anak perempuan Kinoingan, Pencipta Yang Maha Esa, yang telah dikorbankan oleh bapanya sendiri untuk memastikan bahawa umatnya tidak akan kebuluran semasa musim panjang kemarau. Bahagian-bahagian badannya telah dikebumikan di seluruh tanah dan kemudian keluar berkembang sebagai padi (beras). Sejak itu, mereka menghormati amalan korban Kinoingan dengan mengadakan pelbagai upacara seperti Magavau dan Humabot sepanjang perayaan ini.
Majlis Magavau adalah adat yang di amalkan untuk menjemput Roh Padi, merupakan salah satu upacara yang paling penting di amalkan semasa perayaan.Tanpa kehadiran Roh Padi, sambutan tidak boleh di teruskan. Secara tradisinya, Upacara Magavau dijalankan di sawah padi pada bulan penuh yang pertama selepas musim menuai.
Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh seorang pahlawan lelaki akan membaca mentera sambil berarak perlahan-lahan melalui ladang-ladang sambil menawarkan makanan berkualiti terbaik – daging, ayam, telur, tembakau yang terbaik serta wain beras yang paling unggul. Hari ini, majlis ini hanya di jalankan didalam rumah sebelum sambutan secara rasmi bermula.
Dengan penurunan amalan animisme, beberapa ritual Ka’amatan turut dilupakan; Walau bagaimanapun, ada yang masih amalkan. Dalam pada itu, sambutan itu tidak akan lengkap jika Sugandoi (pertandingan karaoke) dan Unduk Ngadau (ratu cantik) tidak di adakan. Bagi kebanyakan mereka, dalam kata lain, Pesta Kaamatan adalah masa untuk memohon kemaafan dari rakan-taulan dan peluang untuk mengukuhkan persahabatan.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2024 | 30 Mei | Khamis | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
31 Mei | Jumaat | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah | |
2023 | 30 Mei | Selasa | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah |
31 Mei | Rabu | Pesta Kaamatan Hari Kedua | Labuan & Sabah |