Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown 2025, 2026 dan 2027
Negeri Pulau Pinang amat berbangga dengan penganugerahan Tapak Warisan Dunia sehingga kerajaan telah mengistiharkan 7 Julai sebagai Hari Warisan Dunia George Town. Hari tersebut ditetapkan untuk membolehkan rakyat dan pengunjung meraikan budaya, bangunan, warisan dan sejarah negeri tersebut.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2025 | 7 Jul | Isnin | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang |
2026 | 7 Jul | Selasa | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang |
2027 | 7 Jul | Rabu | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Pada 7 Julai 2008, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menganugerahkan status Tapak Warisan Dunia Georgetown di Pulau Pinang. Anugerah itu memberi penghormatan ke atas warisan budaya, pengaruh Barat dan landskap di George Town. Sebagai mengiktiraf penamaan itu, kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan 7 Julai sebagai Hari Warisan Sedunia George Town, dan menjadikannya sebagai cuti umum di seluruh negeri.
Setiap tahun, satu tema akan dipilih untuk dirayakan dan acara dirancang berdasarkan tema. Sebagai contoh, tema tahun 2016 adalah “Mari Main” atau “Mari kita bermain,” dengan acara bertemakan sekitar sukan dan permainan yang lampau.
Banyak acara yang bertemakan sekitar sejarah dan budaya di terjemahkan sebagai aktiviti harian di Pulau Pinang. Festival ini berlangsung selama beberapa hari juga melibatkan makanan tradisional, seni dan kraf, perayaan budaya dan juga kemuncaknya melibatkan sejarah dan budaya George Town.
Penduduk tempatan memainkan peranan penting dalam semua perayaan, sebagai pembentang, peserta, penghibur dan pengiat yang bekerja untuk memelihara sejarah dan budaya hidup. Pengunjung diberi akses yang tidak terhad kepada tradisi hidup bukan sahaja sekitar George Town tetapi dengan masyarakat sekeliling juga. Sebahagian dari acara sambutan di dedikasikan untuk tradisi yang unik dan terancam dalam usaha untuk mengingatkan rakyat dan pengunjung tentang kepentingan warisan.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|---|
2024 | 7 Jul | Ahad | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang |
9 Jul | Selasa | Cuti Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang | |
2023 | 7 Jul | Jumaat | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang |