Malaysia

Awal Ramadan 2027 dan 2028

Hari pertama di dalam bulan Ramadan, “Permulaan” atau lebih dikenali dengan nama “Awal” Ramadan, merupakan hari kelepasan am bagi beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Melaka dan Kedah.

Pada tahun 2027, Awal Ramadan akan disambut pada hari Isnin, 8 Februari. Bagi tahun 2028, cuti tersebut akan disambut pada hari Jumaat, 28 Januari.

TahunTarikhHariCutiNegeri
20278 FebIsninAwal Ramadan Johor & Kedah
202828 JanJumaatAwal Ramadan Johor & Kedah
30 JanAhadCuti Awal Ramadan Kedah
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Bermula Awal Ramadan, masyarakat Islam di Malaysia akan mengunjungi masjid dan memulakan ibadah puasa selama sebulan bermula terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di dalam kalendar Islam kerana Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu ini.

Tarikh permulaan Ramadan akan berubah kira-kira 11 hari setahun dalam Kalendar Georgian memandangkan Kalendar Islam adalah berasaskan lunar, dan ia bermula secara rasmi  apabila anak bulan telah kelihatan berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan.

Awal Ramadan merupakan permulaan yang sangat mencabar untuk kebanyakan umat Islam di Malaysia, walau bagaimanapun ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu berbanding bulan-bulan yang lain setiap tahun.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
202619 FebKhamisAwal Ramadan Johor & Kedah
20252 MacAhadAwal Ramadan Johor & Kedah
3 MacIsninCuti Awal Ramadan Johor