Malaysia

Tahun Baru 2027 dan 2028

Perayaan Tahun Baru merupakan cuti umum buat semua negeri di Malaysia kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada tahun 2027, Tahun Baru akan disambut pada hari Jumaat, 1 Januari. Bagi tahun 2028, cuti tersebut akan disambut pada hari Sabtu, 1 Januari.

TahunTarikhHariCutiNegeri
20271 JanJumaatTahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
20281 JanSabtuTahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Terdapat pelbagai jenis sambutan Tahun Baru yang dijalakan oleh pelbagai kaum di seluruh Malaysia samada pada malam sebelum perayaan atau pada hari Perayaan Tahun Baru tersebut. Kebiasaaanya, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti dijalankan seperti persembahan nyayian, jualan makanan dan berbagai-bagai jenis aktiviti kebudayaan atau sambutan perayaan lain. Lazimnya, Kuala Lumpur akan mengadakan persembahan bunga api dan begitu juga dengan negeri-negeri yang lain.

Malam Tahun Baru juga merupakan waktu di mana kebanyakan orang akan mencipta azam untuk tahun seterusnya serta untuk mengimbas kembali kenangan yang ada pada tahun sebelum. Kebanyakan orang akan berkumpul bersama-sama keluarga atau rakan-rakan.

Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang majoritinya adalah orang Islam, dan mereka juga mempunyai kalendar tradisional yang tersendiri,namun , sambutan Malam Tahun Baru dan Perayaan Tahun Baru yang berdasarkan kepada Kalendar Gregorian telah turut menjadi tradisi.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
20261 JanKhamisTahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
20251 JanRabuTahun Baru Semua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu