Start Planning
Hari Valentine

Hari Valentine 2025 dan 2026

Hari Valentine bukanlah hari cuti umum di Malaysia. Namun begitu, ia merupakan hari yang sangat istimewa untuk kebanyakkan orang.

TahunTarikhHariCuti
202514 FebJumaatHari Valentine
202614 FebSabtuHari Valentine
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Selang beberapa hari selepas Tahun Baru Cina, beribu-ribu orang akan ke kedai bunga and kedai hadiah untuk mencari hadiah istimewa buat isteri, teman wanita, teman lelaki dan juga orang yang mereka sukai.

Hari Valentine bukanlah semata-mata berkaitan dengan kisah cinta romantis, bidadari-bidadari, bunga mawar, coklat ataupun apa-apa yang kita lihat di televisyen dan juga di kedai-kedai. Tetapi, hari tersebut sebenarnya merupakan hari memperingati kehidupan seorang paderi bernama Valentine yang mati syahid untuk agamanya iaitu agama Kristian di Rome. Nama sebenar hari tersebut ialah Hari Paderi Valentine.

Jadi, apakah ertinya semua peralatan romantis yang ada sekarang ini? Kita boleh berterima kasih kepada seorang pemuisi dan penulis Inggeris pada abad ke-14, Geoffrey Chaucer, untuk perkara tersebut. Penulis ini telah membuat kaitan secara rawak di antara tarikh 14 Februari (Hari Paderi Valentine) dengan waktu dimana tumbuh-tumbuhan (di United Kingdom) mula bercambah, dan burung-burung pula berkicauan dengan riang, iaitu waktu dimana saat romantis mulai tiba.

Menurut pandangan secara sosial, mereka yang sedang dilamun cinta wajar memikirkan tentang hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada seseorang yang istimewa. Kedai-kedai kebiasaannya amat gembira untuk mendapatkan hasil jualan yang tinggi . Namun, ada juga sesetengah pasangan yang berpendapat bahawa ketulusan cinta juga boleh di ungkapkan dengan cara lain yang mungkin kelihatan lebih ikhlas pada pandangan mereka.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCuti
202414 FebRabuHari Valentine
202314 FebSelasaHari Valentine