Start Planning
Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj 2025, 2026 dan 2027

Israk dan Mikraj disambut pada hari ke-27 bulan Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Ia memperingati malam di mana Allah s.w.t membawa nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Jerusalem sebelum dia di bawa ke syurga. Israk dan Mikraj merupakan cuti umum di negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis di Malaysia

TahunTarikhHariCutiNegeri
202527 JanIsninIsrak dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
202616 JanJumaatIsrak dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
17 JanSabtuCuti Israk dan Mikraj Kedah
20276 JanRabuIsrak dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
26 DisAhadIsrak dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
27 DisIsninCuti Israk dan Mikraj N. Sembilan & Perlis
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Israk dan Mikraj mewakili kedua-dua bahagian perjalanan nabi. Israk adalah sebahagian daripada perjalanan nabi Muhammad s.a.w , yang di ambil dari Mekah ke Jerusalem selepas Jibrail datang kepadanya dengan Buraq, iaitu kuda para nabi. Menggunakan Buraq, nabi Muhammad menunggangnya ke masjid paling jauh di Jurusalem di mana dia mengikat kuda di Gunung Tokong dan berdoa. Di sinilah Jibrail membawa arak, air dan susu, meminta nabi Muhammad untuk memilih salah satu sebagai ujian. Jibrail memberitahu beliau bahawa pilihannya susu menandakan bahawa nabi Muhammad memilih berdasarkan naluri semula jadi.

Mikraj adalah peringkat kedua perjalanan nabi Muhammad di mana dia menunggang Buraq melalui tujuh peringkat syurga dan berdialog dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Yusuf dan Nabi Isa. Pada langit ketujuh, Nabi Muhammad dibawa ke pokok suci yang yang tidak dapat di lepasi oleh malaikat Jibrail .

Di sinilah Allah berfirman kepada nabi Muhammad bahawa umat Islam mesti menunaikan solat 50 kali setiap hari, tetapi Musa mencadangkan beliau menjelaskan bagaimana perkara itu sukar bagi sesetengah orang. Allah s.w.t kemudian mengurangkannya kepada lima kali sehari. Perjalanan Malam secara ringkas disebut dalam al-Quran, tetapi butiran cerita terdapat di dalam hadis tambahan berkaitan kehidupan Nabi Muhammad.

Perayaan dan Tradisi

Peristiwa ini dikenali sebagai perjalanan Nabi atau Perjalanan Malam. Di Seluruh Malaysia, lampu di nyalakan di sepanjang malam menyambut Israk dan Mikraj. Lampu elektrik dan lilin digunakan untuk menerangi bandar-bandar . Doa dibacakan sepanjang malam bagi mengingati perjalanan Nabi Muhammad. Di seluruh Malaysia, ceramah dan acara diadakan di masjid-masjid sambil di alunkan bacaan dari Al-Quran, terutama dari Surah al-Isra ‘yang menceritakan kisah Perjalanan Malam. Perlaksanaan cuti bermula pada matahari terbenam pada hari sebelumnya.

Peristiwa ini dianggap penting dalam kepercayaan orang Islam dan memperingati salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah Islam. Selain menghadiri acara khas sempena hari cuti, ahli keluarga berkumpul dan menceritakan kisah perjalanan nabi Muhammad kepada kanak-kanak. Kebiasaaanya, cerita meliputi hikmah apa ertinya menjadi Muslim, apa maknanya dengan kepercayaan mereka dan butiran tambahan mengenai peristiwa kenabian itu.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
20248 FebKhamisIsrak dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
202318 FebSabtuIsrak dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
19 FebAhadCuti Israk dan Mikraj Terengganu