Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 2026, 2027 dan 2028
Di negeri Johor, tarikh kemangkatan mantan sultan merupakan hari cuti umum. Hari tersebut di rujuk sebagai Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.
Pada tahun 2026, Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar akan disambut pada hari Selasa, 21 Julai. Bagi tahun 2027, cuti tersebut akan disambut pada hari Sabtu, 10 Julai.
| Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
|---|---|---|---|---|
| 2026 | 21 Jul | Selasa | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
| 2027 | 10 Jul | Sabtu | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
| 2028 | 29 Jun | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
| Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. | ||||
Tradisi meraikan “Hari Hol” bermula pada tahun 1896, dengan kemangkatan Sultan Abu Bakar, dan telah berterus-terusan sehingga kini telah melebihi satu abad. Ianya merupakan hari untuk rakyat Muslim berdoa, memohon keampunan daripada Allah supaya dosa-dosa mantan-mantan sultan diampunkan bagi memberkati negeri Johor. Rakyat Muslim juga akan mengingati jasa baik para mantan sultan pada hari tersebut.
Sebuah majlis istimewa akan dilaksanakan pada Hari Hol di Makam Diraja, di mana lebih 40 orang kerabat diraja negeri Johor telah dikebumikan. Sultan yang sedang bertakhta akan membentangkan jambangan bunga di makam tersebut dan merenjiskan wangi-wangian ke atasnya. Kebanyakan pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi juga akan turut menghadiri majlis tersebut.
Tahun-tahun sebelumnya
| Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | 31 Jul | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
| 2024 | 11 Ogos | Ahad | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
