Start Planning
Hari Wilayah Persekutuan

Hari Wilayah Persekutuan 2025 dan 2026

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Hari Wilayah Persekutuan memperingati peristiwa tahun 1974 apabila Kuala Lumpur telah dipindahkan ke kawalan Persekutuan.

TahunTarikhHariCutiNegeri
20251 FebSabtuHari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan &
Putrajaya
20261 FebAhadHari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan &
Putrajaya
2 FebIsninCuti Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan &
Putrajaya
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Kuala Lumpur sebelum ini menjadi sebahagian daripada negeri Selangor, tetapi Perjanjian Wilayah Persekutuan yang ditandatangani pada 28 Januari, 1974, telah mengubah statusnya.  Perjanjian itu berkuatkuasa empat hari kemudian pada tanggal 1 Februari. Labuan telah menjadi Wilayah Persekutuan kedua pada 17 Mei, 1984, apabila ia diambil dari negeri Sabah, dan Putrajaya telah dibeli dari negeri Selangor untuk di jadikan Wilayah Persekutuan yang ketiga pada 1 Februari 2001.

Ketiga-tiga Wilayah Persekutuan

  • Kuala Lumpur  merupakan ibu negeri wilayah persekutuan tunggal yang asal untuk Malaysia, dan masih merupakan ibu kota rasmi negara. Ia adalah bandar di mana parlimen Malaysia bersidang dan bandar kediaman raja Malaysia. Walau bagaimanapun,  pusat eksekutif dan kehakiman kerajaan yang tertentu telah dipindahkan ke Putrajaya.
  • Putrajaya dinamakan sempena bandar Prang-Besar yang bersebelahan dan membentuk wilayah ibu kota persekutuan kedua di sebabkan masalah kesesakan di Kuala Lumpur. Putrajaya, yang terletak cuma sedikit kedalam dari bahagian tengah Selat Melaka, dianggap “pusat pentadbiran” Malaysia.
  • Labuan  terdiri dari Pulau Labuan dan enam pulau berhampiran di luar pantai negeri Malaysia Sabah. Ia merupakan pusat penggerudian bahan api fosil luar pesisir, dan bandar utamanya, Victoria, merupakan sebuah pusat kewangan antarabangsa. Labuan menjadi zon perdagangan bebas antarabangsa pada tahun 1990.

Di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Malaysia, Hari Wilayah Persekutuan disambut dengan perarakan, pameran kebudayaan dan persembahan pertunjukan bunga api, serta pelbagai permainan dan pertandingan. Kebanyakan aktiviti di jalankan di jalanraya dan bebas untuk di hadiri.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
20241 FebKhamisHari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan &
Putrajaya
20231 FebRabuHari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan &
Putrajaya