Hari Chap Goh Mei 2025, 2026 dan 2027
Kebanyakan Rakyat Malaysia mengaitkan ‘Chap Goh Mei’ dengan mitos tradisional yang mengisahkan seorang anak gadis yang membuang buah limau mandarin yang tertulis nama dan nombor telefonnya ke dalam sungai untuk mencari kekasih atau suami.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|---|
2025 | 12 Feb | Rabu | Hari Chap Goh Mei |
2026 | 3 Mac | Selasa | Hari Chap Goh Mei |
2027 | 20 Feb | Sabtu | Hari Chap Goh Mei |
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. |
Chap Goh Mei bukanlah hari cuti umum di Malaysia. Namun begitu, ia merupakan tarikh perayaan yang amat terkenal dikalangan kebanyakan masyarakat berketurunan Cina. Ia juga turut dikenali sebagai Hari Valentine dikalangan bangsa Cina.
Perkataan ‘Chap Goh Mei’ itu sendiri bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina dalam bahasa Hakka, yang juga menandakan penghujung perayaan Tahun Baru Cina.
Hari tersebut diraikan dengan cara yang sama sepertimana hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina disambut iaitu dengan penuh meriah dan ceria. Ketika hari Chap Goh Mei, ahli keluarga akan berkumpul untuk makan besar dengan pelbagai hidangan termasuklah Yuan Xiao ( pulut bebola nasi) dan rumah mereka pula akan dihiasi dengan tanglung-tanglung berwarna merah yang sangat cantik. Di kuil pula, ketika Chap Goh Mei, masyarakat akan berdoa kepada Dewa Kemakmuran untuk merahmati keluarga mereka dengan tuah yang baik untuk tahun yang seterusnya.
Secara tradisionalnya, hari tersebut akan diiringi dengan alunan bunyi lagu cinta bertemakan balada ataupun dipanggil sebagai Dondang Sayang yang selalunya dinyanyikan di tepi jalan bertemankan alat musik seperti biola, dua biji gendang dan sebiji gong. Kadangkala alunan ini dijadikan bahan jenaka apabila liriknya digubah oleh para penyanyi.
Tradisi membuang buah limau berasal dari Pulau Pinang. Jika anda melawati Esplanade di Pulau Pinang, terdapat sebuah pertandingan dimana kaum lelaki akan menaiki sampan dan mereka dikehendaki untuk mengutip buah-buah limau yang dibuang ke dalam laut oleh kaum perempuan. Sampan yang berjaya mengutip buah limau terbanyak akan menjadi pemenang pertandingan tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini dijalankan untuk memastikan tradisi tersebut terus hidup dan tidak ditelan zaman.
Tahun-tahun sebelumnya
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti |
---|---|---|---|
2024 | 24 Feb | Sabtu | Hari Chap Goh Mei |
2023 | 5 Feb | Ahad | Hari Chap Goh Mei |