Start Planning
Selangor

Cuti Umum Selangor

Ketahui tarikh cuti umum yang akan datang di Selangor dan mula merancang untuk memanfaatkan masa anda sepenuhnya.

Selangor terletak di pantai barat Malaysia, berkongsi sempadan dengan Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selat Melaka. Ia sering dipanggil pintu masuk ke Malaysia dan juga pusat perindustrian negara ini. Selangor kaya dengan kepelbagaian sejarah dengan banyak daripada lokasi bersejarahnya kini adalah tarikan menarik bagi pelawat.

Cuti umum Selangor kebanyakannya sama dengan negeri-negeri lain. Walaupun begitu, ia menyambut Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember setiap tahun, untuk menghormati Sultan kini. Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan Selangor yang ke-sembilan, mewarisi takhta daripada ayahanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada tahun 2001. Pada hari pelepasan ini, pejabat-pejabar kerajaan dan sekolah-sekolah ditutup bersama sesetengah perniagaan.

Tahun-tahun sebelumnya