Make the most of your public holidays with us!
Start Planning
Sarawak
Cuti Umum

Cuti Umum Sarawak 2017

Berikut adalah kalendar cuti umum untuk tahun 2017.

Sarawak menawarkan pengembaraan yang unik dan menakjubkan, menggabungkan sejarah negeri ini dengan pendekatan moden. Gabungan kepelbagaian budaya, sejarah dan kemodenan membuat kawasan ini menarik bagi hampir siapa sahaja yang melawatnya.

Sarawak mempunyai empat cuti umum yang tidak disambut di negeri-negeri lain – jumlah tertinggi cuti umum tidak standard berbanding negeri-negeri Malaysia lain:

  • Berdasarkan bancian 2010, lebih daripada 46 peratus populasi Sarawak adalah Kristian. Atas sebab ini, Good Friday adalah cuti umum yang disambut meluas di Sarawak dengan banyak pejabat, sekolah dan agensi-agensi kerajaan ditutup. Perniagaan masih dibuka kerana aktiviti pelancongan dan membeli-belah yang pesat di Sarawak.
  • Hari Gawai adalah perayaan keagamaan dan sosial yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun menandakan pengakhiran musim menuai. Terdapat banyak nyanyian dan tarian sementara petani memulakan musim bercucuk-tanam baru pada masa yang sama dan mereka yang tinggal di bandar-banda pulang ke kampung untuk menyambutnya. Sebulan sebelum perayaan, tuak, atau arak beras, disediakan dan dihidangkan sepanjang perayaan. Langkau, sama seperti vodka, juga dihidangkan. Ia dibuat melalui pemanasan dan pemeluwapan tuak.
  • Sabtu kedua dalam bulan September disambut sebagai hari lahir Gabenor Sarawa, walaupun gelaran rasmi untuk ketua negeri adalah Yang Di-Pertua Negeri. Sarawak adalah satu daripada empat negeri yang tidak diperintah oleh raja. Gabenor dipilih oleh Raja Malaysia. Yang Di-Pertua Negeri kini ialah Abdul Taib Mahmud.

Pada Mei 2016, Pejabat Ketua Negeri mengumumkan yang cuti umum baru telah dibuat untuk 22 Julai dan akan dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak. Sarawak menerima status pemerintahan-sendiri pada 22 Julai 1963 dengan syarat ia akan menyertai Malaya, Borneo Utara dan Singapura untuk menjadi Malaysia.

Ketika di Sarawak, lawatan ke Kuching, bandar paling maju di negeri ini adalah satu kemestian. Bandar ini membawa bersama banyak budaya, kraftangan dan pengalaman yang sekaligus moden dan purba. Bandar ini penuh dengan tokong Cina, rumah kedai yang mengimbau kenangan Raja-raja Putih dan gerai-gerai menjual makanan Asia yang sedap. Terdapat beberapa hutan simpan semulajadi untuk pilihan pengunjung, termasuk Gunung Gading, Semenggoh dan Taman Negara Bako.

Cuti Umum 2017

TarikhHariCuti
1 JanAhadTahun Baru
28 JanSabtuTahun Baru Cina
29 JanAhadTahun Baru Cina
Hari Kedua
30 JanIsninCuti Tahun Baru Cina
14 AprJumaatGood Friday
1 MeiIsninHari Pekerja
10 MeiRabuHari Wesak
1 JunKhamisPerayaan Hari Gawai Dayak
2 JunJumaatPerayaan Hari Gawai Dayak
Hari Kedua
3 JunSabtuHari Keputeraan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
25 JunAhadHari Raya Puasa *
26 JunIsninHari Raya Puasa
Hari Kedua *
22 JulSabtuHari Kemerdekaan Sarawak
31 OgosKhamisHari Kebangsaan
1 SepJumaatHari Raya Qurban *
9 SepSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri
Sarawak
16 SepSabtuHari Malaysia
21 SepKhamisAwal Muharram
1 DisJumaatMaulidur Rasul
25 DisIsninHari Krismas