Make the most of your public holidays with us!
Start Planning
Kedah
Cuti Umum

Cuti Umum Kedah 2017

Berikut adalah kalendar cuti umum untuk tahun 2017.

Terletak di barat laut Malaysia, Kedah berkongsi sempadan dengan Thailand. Ia dikenali sebagai ‘Negeri Jelapang Padi Malaysia’ kerana sawah padi di negeri ini menghasilkan lebih daripada setengah bekalan padi Malaysia. Terdapat banyak pulau di Kedah tetapi pulau yang paling terkenal adalah Langkawi. Ianya terletak di pesisiran pantai barat Semenanjung Malaysia.

Negeri ini diperintah oleh Srivijaya sebelum dikuasai oleh Siam pada abad ke-15. Negeri ini telah diserang oleh Portugis yang menakluk sebahagian negeri ini pada abad ke-17. Pada 1821, Siam sekali lagi mengambil alih negeri ini sebelum ia diserahkan kepada Inggeris apabila Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1908. Banyak tradisi dan budaya Kedah dipengaruhi Thailand disebabkan jarak mereka yang dekat.

Cuti umum Kedah kebanyakannya sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Namun begitu, ia menyambut cuti istimewa setiap tahun iaitu Hari Keputeraan Sultan Kedah, disambut pada 17 Januari. Satu lagi cuti umum yang disambut di Kedah dan dua lagi negeri adalah Israk dan Mikraj.

Israk dan Mikraj disambut pada hari ke-27 dalam bulan ketujuh kalendar Islam. Ia menandakan malam Allah SWT membawa Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan dari Makkah ke Baitulmuqaddis sebelum berangkat naik ke syurga. Mereka yang menyambut cuti ini meluangkan masa malam mereka mendengar cerita Israk dan Mikraj sama ada di rumah atau di masjid. Sesetengah daripada mereka menghiasi rumah mereka dengan lilin atau cahaya kecil. Mereka juga berkongsi makanan, biasanya manisan sesama sendiri atau menikmati hidangan secara berkumpulan.

Tempat Menarik Di Kedah

Terdapat beberapa tarikan di Kedah untuk pelawat dan juga penduduk. Menara Alor Setar adalah menara komunikasi dengan dek tinjau dibina untuk melihat anak bulan yang menandakan permulaan bulan-bulan kalendar Islam. Lembah Bujang merupakan pusat perdagangan antarabangsa suatu masa dahulu. Sejumlah besar artifak telah ditemui di lembah ini, termasuk porselin, barangan tembikar dan manik kaca. Taman Semula Jadi Kilim menawarkan hutan paya bakau terpelihara, pantai yang putih dan lagun-lagun biru. Ia menawarkan persiaran sungai yang memberi gambaran tentang ekosistem hutan yang tumbuh subur ini.

Terdapat banyak lagi tarikan di Kedah, termasuk Tasik Dayang Bunting yang dikatakan tempat bermandi Mambang Sari, seorang puteri kayangan. Beliau telah diperdayakan sehingga mengahwini Mat Teja, seorang putera. Mereka mendapat satu anak yang meninggal dunia pada umur tujuh hari kerana penyakit misteri dan dikatakan puteri ini meninggalkan anak beliau di dalam tasik ini untuk kembali ke kayangan. Wanita mandul masih mandi di tasik ini dengan harapan mudah mendapat anak, sesuai dengan namanya sebagai ‘Tasik Dayang Bunting’.

Cuti Umum 2017

TarikhHariCuti
15 JanAhadHari Keputeraan Sultan Kedah
28 JanSabtuTahun Baru Cina
29 JanAhadTahun Baru Cina
Hari Kedua
24 AprIsninIsrak dan Mikraj
1 MeiIsninHari Pekerja
10 MeiRabuHari Wesak
27 MeiSabtuAwal Ramadan *
3 JunSabtuHari Keputeraan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
25 JunAhadHari Raya Puasa *
26 JunIsninHari Raya Puasa
Hari Kedua *
31 OgosKhamisHari Kebangsaan
1 SepJumaatHari Raya Qurban *
2 SepSabtuHari Raya Qurban
Hari Kedua *
16 SepSabtuHari Malaysia
21 SepKhamisAwal Muharram
18 OktRabuHari Deepavali *
1 DisJumaatMaulidur Rasul
25 DisIsninHari Krismas